Kebiasaannya perkara berikut yang ramai dari kita lakukan – rutin membersihkan makeup & mencuci wajah Anda sebelum tidur. Kemudian setelah mencuci wajah, Anda menggunakan pelembab. Tapi bagaimana pula dengan exfoliation?

Exfoliation adalah pengelupasan kulit dengan kaedah peeling atau dermabrasion ataupon yang paling mudah menggunakan ‘scrub’. Ramai orang yang tidak melakukan exfoliation, mungkin kerana menganggap ia tidak begitu penting.

Exfoliation sebenarnya penting sebagai kunci asas rutin penjagaan kulit wajah yang baik dan terdapat pelbagai manfaat yang mungkin tidak Anda ketahui. Berikut ini 5 manfaat exfoliation pada kulit wajah Anda.

  1. Membuat kulit Anda halus
    Exfoliation membuat kulit wajah Anda halus dan lembut untuk disentuh. Proses pengelupasan sel kulit mati menjadikan kulit lebih pantas melakukan kitaran sel dan membuatnya merasa lebih lembut. Ia turut merangsang pertumbuhan sel-sel kulit yang baru.
  2. Membantu melawan tanda-tanda penuaan
    Exfoliation dapat membantu memerangi tanda-tanda penuaan dan membuat Anda kelihatan lebih muda kerana dapat menanggalkan sel-sel kulit mati. Sel-sel kulit yang mati cenderung memunculkan garis-garis dan kedutan pada wajah. Meskipun kulit mempunyai kitaran pertukaran sel semulajadi, kemampuannya kulit untuk bertukar kitarannya akan melambat seiring dengan bertambahnya usia. Exfoliation dapat membantu proses ‘regenerasion’ tersebut dan menyembunyikan tanda-tanda Anda semakin tua.
  3. Membantu mengatasi masalah jerawat
    Menggunakan kaedah dermabrasion untuk mengelupas dan membersihkan pori-pori kulit wajah Anda, dapat mencegah timbulnya jerawat. Ini kerana jerawat terhasil akibat dari tersumbatnya minyak dalam pori-pori di bawah permukaan kulit Anda.
  4. Mencerahkan kulit
    Exfoliation membuat warna kulit Anda lebih cerah dan seimbang kerana proses exfoliation menghilangkan sel-sel kulit mati serta ekstra kotoran dan makeup yang masih melekat pada wajah. Sel-sel kulit baru yang muncul ketika melakukan exfoliation akan kelihatan lebih segar.
  5. Membantu produk penjagaan kulit wajah bekerja lebih baik
    Exfoliation menghilangkan sel-sel kulit mati pada kulit sehingga memudahkan produk pelembab, dan produk lainnya menembus lebih dalam dan bekerja lebih baik. Jika Anda jarang2 melakukan exfoliation, produk penjagaan wajah Anda mungkin tidak melakukan pekerjaan dengan baik karena tidak dapat memasuki lapisan luar kulit. Kulit Anda dapat menerima kelembaban yang lebih baik ketika Anda menangalkan sel kulit mati, sehingga akan terlihat basah.

Meskipun exfoliation bagus untuk wajah Anda, jangan melakukannya berlebihan.
Di cawangan-cawangan Skin Valet Malaysia, antara rawatan yang berkaitan dengan exfoliation ialah INNO FACIAL, DIAMOND SILK PEEL, CLEOPATRA, CLEOPATRA 24k GOLD & FROZEN AGE TREATMENT. Rawatan yang berlainan digunakan untuk kondisi kulit yang berlain sesuai dengan jenis kulit orang Asia. Kekerapan rawatan tergantung pada jenis kulit Anda.

Sesi SKIN ANALYSIS yang dijalankan oleh Perunding Kecantikan akan memastikan pelanggan yang memiliki kulit berminyak tidak mendapat kesan sampingan jika terjadi pengelupasan kulit, sementara orang yang memiliki kulit kering atau sensitif tidak terlalu berlebihan melakukannya.